Auto Added by WPeMatico

PUTRAJAYA – Orang awam yang melalui kawasan tasik berhampiran kedai makanan segera di Presint 2 di sini gempar apabila menemui mayat seorang lelaki terapung.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya menerima panggilan memaklumkan penemuan mayat di tepi tasik berkenaan.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, seorang saksi yang berada di lokasi kejadian bertindak terjun ke dalam air sebelum menarik mayat ke tebing pada pukul 7.49 pagi.
Beliau berkata, pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah pada tubuh mangsa.
“Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan mayat dihantar ke Bahagian Patologi Hospital Putrajaya untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi, hari ini. – KOSMO!ONLINE
The post Mayat terapung ditemui di Tasik Putrajaya appeared first on Kosmo Digital.