Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – “‘Jet lag’? Penat? No problem (tiada masalah)!.”
Itu kata-kata semangat daripada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang baharu tiba di Amerika Syarikat (AS), semalam.
Katanya, beliau sudah bersiap sedia untuk sesi rundingan tarif timbal balas dengan Kerajaan AS menjelang tamatnya tempoh pengecualian sementara pada 8 Julai ini.
“Daily exercise routine (Rutin senaman harian) tetap jalan. Cara saya lawan ‘jet lag’? Exercise!
“Jangan biarkan ‘jet lag’ ganggu momentum anda!,” katanya di media sosial.
Terdahulu beliau berkata, fokus utama Kementerian adalah rundingan tarif timbal balik bersama AS bagi memastikan akses pasaran yang lebih baik dan menyelesaikan isu-isu berkaitan rantaian bekalan.
Selain itu, katanya, misi berkenaan juga bertujuan menarik pelaburan berteknologi tinggi dalam sektor sektor elektrik dan elektronik, semikonduktor, digital/awan, peranti perubatan, serta sektor hijau dan kecerdasan buatan.
“Ia sekali gus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab serantau dan rakan kongsi AS yang dipercayai dalam rantaian bekalan global.
“Kami akan bertemu dengan syarikat-syarikat gergasi AS untuk menarik lebih banyak pelaburan berkualiti tinggi masuk ke Malaysia, sekali gus meningkatkan peluang pekerjaan berteknologi tinggi untuk rakyat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
The post Jet lag? No problem! – Tengku Zafrul appeared first on Kosmo Digital.