Auto Added by WPeMatico

KUALA LUMPUR – Dua pelajar Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) maut akibat terjatuh dari tempat tinggi di sebuah kondominium di Taman Melati, semalam.
Difahamkan kedua-dua kejadian berlaku dalam tempoh 24 jam.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail mengesahkan perkara tersebut ketika dihubungi, hari ini.
“Kenyataan media akan menyusul dalam masa terdekat,” jelasnya ringkas.
Terdahulu Kosmo! melaporkan, seorang bapa tampil membuat laporan polis selepas mengesyaki kematian anak perempuannya yang terjatuh dari tingkat 22 sebuah kondominium di Setapak.
Menurut lelaki berusia lingkungan 50-an yang dikenali sebagai Jeff Ho, mangsa berusia 22 tahun merupakan penuntut sebuah universiti swasta di ibu negara.
Katanya, dia dimaklumkan pihak pengurusan kondominium berhubung kejadian kira-kira pukul 8.45 pagi bahawa anaknya meninggal dunia selepas dipercayai jatuh dari tingkat 22. – KOSMO! ONLINE
The post Dua pelajar TAR UMT maut jatuh kondominium appeared first on Kosmo Digital.