Auto Added by WPeMatico

![]()
NEW DELHI – Dua sahabat karib mendapat durian runtuh apabila menemui sebutir berlian di kawasan perlombongan permata di bandar Panna, negeri Madhya Pradesh, lapor Perbadanan Penyiaran British (BBC) kelmarin.
Satish Khatik dan Sajid Mohammed menemui berlian mentah berkilauan di sebidang tanah yang baru beberapa minggu mereka pajak untuk mencari permata baru-baru ini.
Apabila membawa batu itu kepada penilai berlian rasmi di bandar tersebut, mereka dimaklumkan bahawa batu berlian itu berkualiti tinggi dan memiliki berat 15.34 karat (3 gram).
Ia merupakan antara jenis berlian semula jadi paling bermutu yang wujud.
“Anggaran harga pasaran batu itu adalah sekitar lima hingga enam juta Rupee (RM226,000 hingga RM271,000) dan ia akan dilelong tidak lama lagi,” kata penilai berlian itu, Anupam Singh kepada BBC Hindi.
Satish dan Sajid berkata, mereka amat gembira.
“Kami kini boleh mengahwinkan saudara kandung perempuan kami,” kata mereka.
Khatik, 24, yang mengusahakan kedai daging dan Mohammed, 23, yang menjual buah-buahan berasal daripada keluarga miskin dan merupakan anak lelaki bongsu dalam keluarga masing-masing. – AGENSI
The post Dua sahabat jumpa berlian RM200,000 appeared first on Kosmo Digital.