Auto Added by WPeMatico

![]()
KYIV – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menyatakan bahawa Amerika Syarikat (AS) mendesak supaya perang dengan Russia berakhir menjelang Jun ini, ketika kedua-dua pihak dijemput untuk rundingan minggu depan, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).
“AS mencadangkan buat kali pertama agar kedua-dua pasukan rundingan Ukraine dan Russia bertemu, mungkin di Miami dalam masa seminggu. Kami mengesahkan penyertaan kami,” katanya.
Tiada komen segera daripada Washington atau Moscow, tetapi Presiden AS, Donald Trump mendesak untuk menamatkan konflik itu sejak beliau memegang jawatan lebih setahun lalu.
Dalam komen yang dikeluarkan kelmarin, Zelensky turut bekongsikan tentang pusingan kedua rundingan damai yang diusahakan oleh AS di Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang berakhir Jumaat lalu.
Zelensky berkata, isu-isu yang menjadi perhatian masih sukar, termasuk konsesi wilayah yang menjadi tekanan kepada Ukraine.
Beliau berkata, pihak-pihak yang terlibat buat kali pertama membincangkan kemungkinan pertemuan tiga hala antara pemimpin, bukan sekadar wakil.
Ditanya sama ada tempoh masa telah diberikan untuk perjanjian, Zelensky menjawab: “Amerika mengatakan bahawa mereka mahu melakukan semuanya menjelang Jun. Kami faham bahawa isu domestik mereka di AS akan memberi kesan.”
Isu-isu itu termasuk pilihan raya pertengahan penggal November ini, yang boleh menjejaskan keseimbangan kuasa dalam kerajaan AS. – AGENSI
The post Perang Ukraine-Russia perlu tamat Jun ini appeared first on Kosmo Digital.