Auto Added by WPeMatico

![]()
MELAKA – Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menamatkan perkhidmatan seorang setiausaha sebuah masjid di Bukit Baru yang tular klip video dipercayai membabitkan dirinya menonton video lucah ketika berada di dalam pejabat rumah ibadat berkenaan.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Datuk Rahmad Mariman berkata, tindakan tersebut dibuat hasil Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Urus (JKTU), pagi tadi.
Beliau berkata, lelaki berusia 70-an itu turut ditamatkan perkhidmatannya sebagai pengerusi di sebuah surau memandangkan pelantikan tersebut juga di bawah bidang kuasa JAIM.
“Hasil mesyuarat JKTU tadi memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan beliau selaku setiausaha masjid dan juga pengerusi sebuah surau. Penamatan perkhidmatan itu dibuat berdasarkan penerimaan surat peletakan jawatan oleh individu berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya, di sini hari ini.
Media pada Rabu lalu melaporkan satu klip video berdurasi satu minit 59 saat tular di media sosial memaparkan seorang lelaki didakwa setiausaha sebuah masjid menonton video lucah menggunakan komputer dipercayai di pejabat rumah ibadat itu di Bukit Baru, di sini.
Perbuatan lelaki tersebut telah dirakam individu lain yang kemudian dilihat mengetuk tingkap dan pintu pejabat berkenaan sebelum si pelaku membuka pintu serta menafikan perbuatannya itu salah.
Menurut perakam video itu, rakaman dibuat sebagai bukti kejadian yang didakwa berlaku pada pukul 9.13 pagi, 27 Disember lalu. – KOSMO! ONLINE
The post Kantoi ‘layan’ porno di masjid appeared first on Kosmo Digital.