Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Fenomena pasangan pengantin baharu memilih taman sebagai lokasi sesi fotografi perkahwinan mendapat perhatian apabila mereka tidak menyangka bertemu antara satu sama lain di lokasi sama.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok milik @Azickkk._, memperlihatkan suasana penuh warna-warni dan meriah di taman tersebut apabila dipenuhi pasangan pengantin lengkap berbaju pengantin sedang bergambar.
“Di sana kawin di sini single (bujang),” tulisnya di ruangan kapsyen.
Melihat di ruangan komen mendapati, rata-rata netizen terhibur dan tersipu-sipu melihat pasangan mempelai merakam momen indah perkahwinan mereka.
“Ok BYE BUMI,” komen @Mrz.frhn.
“Orang single (bujang) dilarang keras untuk memasuki kawasan ini!!!,” @Snash_123.
“Aku jadi pokok. Korang jadi ape?,” berseloroh @Sepull30. – KOSMO! ONLINE
@azickkk._ Disana kawin disini single #fyppp #kawin ♬ original sound – FAKE
The post [VIDEO] Tak tahu majlis siapa, semua pengantin appeared first on Kosmo Digital.