Auto Added by WPeMatico

WASHINGTON – Presiden Donald Trump secara rasmi membubarkan sekatan Amerika Syarikat terhadap Syria, dengan harapan dapat mengintegrasikan semula negara yang musnah akibat perang itu ke dalam ekonomi global ketika Israel mempertimbangkan hubungan dengan kepimpinan baharu Damsyik.
Trump menarik balik kebanyakan sekatan terhadap Syria pada Mei lalu, bertindak balas kepada rayuan Arab Saudi dan Turkiye selepas bekas gerila dipimpin Ahmed al-Sharaa mengakhiri pemerintahan keluarga Bashar Al-Assad selama setengah abad.
Dalam perintah eksekutif, Trump menamatkan ‘darurat nasional’ berkuat kuasa sejak 2004 yang mengenakan sekatan meluas ke atas Syria, menjejaskan kebanyakan institusi kendalian Damsyik termasuk bank pusat.
“Tindakan ini mencerminkan visi presiden untuk memupuk hubungan baru antara Amerika Syarikat dan Syria yang stabil, bersatu dan berdamai,” kata Setiausaha Negara Marco Rubio dalam satu kenyataan.
Rubio berkata, beliau akan memulakan proses untuk menarik balik penyenaraian Syria sebagai negara penaja keganasan, penetapan sejak 1979 yang telah sangat menghalang pelaburanke negara itu.
Beliau juga akan mempertimbangkan untuk membatalkan klasifikasi pengganas Sharaa dan pergerakannya, Hayat Tahrir al-Sham (HTS) yang dikaitkan dengan Al-Qaeda. – AFP
The post Trump batal semua sekatan ke atas Syria appeared first on Kosmo Digital.