Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Pelakon Sweet Qismina tidak mengambil jalan pintas untuk menurunkan berat badan sebaliknya bergantung kepada latihan bersama suaminya yang juga aktor, Adam Lee.
Menurut Sweet atau Farhanna Qismina Supandi, 28, dia lebih selesa menjalani rutin diet dengan menjaga pemakanan dan senaman berbanding melakukan sebarang rawatan untuk kurus.
“Bukan tak nak ambil jalan mudah tetapi saya ada Adam sebagai jurulatih peribadi. Sebelum ini pun pernah melakukan ‘liquid diet’, jadi saya tahu apa yang okey atau tidak.
“Badan saya pula memang jenis yang mudah naik dan senang turun berat.
“Jadi, mengenai suntikan atau sebagainya, saya rasa itu bukan sesuatu yang saya perlu kongsikan kerana semua orang sudah ada pandangan masing-masing,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.
Dalam pada itu, Sweet juga berkongsi dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak tujuh kilogram (kg) dalam tempoh sebulan demi menjayakan filem terbaharunya bersama Azira Shafinaz, Amir Nafis, Namie dan Fimie Don.
“Sejujurnya, saya dilatih sepenuhnya oleh Adam. Filem ini agak berat kerana saya perlu berlari setiap malam.
“Sebulan sebelum penggambaran bermula, penerbit menghubungi ibu saya dan meminta supaya saya ‘jogging’ setiap hari kerana mereka perlukan pelakon yang mempunyai stamina dan kekuatan fizikal.
“Jadi, saya berbincang dengan mama, pihak produksi dan Adam sebelum bermula perjalanan saya menguruskan badan sejak sebulan lalu,” katanya lagi.
Tambahnya, dia bersyukur dapat mencapai sasaran berat badan ideal untuk filem bergenre thriller yang dijangka ditayangkan pada tahun depan.
“Setiap malam Adam pastikan saya jogging di sekitar Stadium Bukit Jalil sekurang-kurangnya tiga kilometer tanpa henti setiap malam.
“Pada awalnya saya kurangkan makan, kemudian tidak mengambil makanan bergula.
“Kemudian Adam kata saya kena bersenam untuk pecahkan lemak sebab adakalanya berat macam tidak turun. Memang sakit dan seksa sebenarnya tapi alhamdulillah sebab suami sendiri yang latih,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
The post Sweet Qismina tolak jalan pintas untuk kurus appeared first on Kosmo Digital.
