Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan hikmah dan bicara dalam menangani perkembangan isu pembakaran al-Quran di Sweden dan konflik Gaza.
Perkara itu ditegaskan oleh beliau dalam siri Majlis Ilmu Madani yang berlangsung di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya malam tadi.
Menurutnya, beberapa tokoh ilmuwan dan dakwah diraikan mantan Syeikh di Umum Al-Maqarii Mesir, Syeikh Dr. Ahmad Aissa Hassan El-Ma’sarawi, Pengerusi Institut Jannah dan pendidik dari Amerika Syarikat, Dr. Haifaa Younis serta Syeikh Yusuf Islam (Cat Stevens) dari United Kingdom dan Syeikh Muhammad Haydara al-Jilani dari Gambia.
“Dalam siri Majlis Ilmu Madani kali ini, saya sentuh mengenai ikhtiar Malaysia dalam memberi respons isu kepada isu pembakaran al-Quran di Sweden dan perkembangan politik antarabangsa di Gaza.
“Saya tekankan kepentingan hikmah dan bicara pada waktu dan ketika yang tepat dalam menangani perkembangan tersebut,” katanya pada hantaran Facebook, hari ini.
Beliau berkata, dalam masa sama, peluang mendengar titipan hikmah dan ilmu daripada para tamu malam tadi memberi inspirasi untuk terus bekerja keras meratakan ihsan dan kasih sayang sesama manusia melalui kebaikan dan keindahan Islam.
“Saya zahirkan penghargaan atas pandangan dan perkongsian tamu Majlis Ilmu Madanu pada malam ini serta doa Syeikh Muhammad Haydara.
“Semoga majlis seperti ini memberi barakah dan manfaat untuk kita bersama,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Hikmah, bicara tangani perkembangan isu Gaza – PM appeared first on Kosmo Digital.