Auto Added by WPeMatico

DUNGUN – Gara-gara terlalu takut dikenakan tindakan perundangan kerana didakwa terlibat dalam jenayah penggubahan wang haram, seorang suri rumah kerugian RM105,700 selepas diperdaya sindiket penipuan atau scammer.
Mangsa berusia 41 tahun tersebut yang menyedari tertipu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata, pada mulanya, wanita telah dihubungi individu mendakwa kononnya kakitangan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada 19 Julai lalu.
“Mangsa didakwa kononnya nombor telefonnya telah digodam sebelum panggilannya disambung pula kepada suspek lain kononnya pegawai penyiasat polis.
“‘Pegawai penyiasat’ itu kemudiannya mendakwa pengadu terlibat dalam kes jenayah pengubahan wang haram sebelum panggilan terbabit disambung kepada suspek lain pula kononnya pegawai polis berpangkat Asisten Superintenden,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.
Maizura berkata, suri rumah terbabit kemudiannya diarahkan membuat pemindahan wang kononnya bagi semakan siri wang tunai bagi penyelesaian kes.
Beliau berkata, wanita tersebut yang ketakutan kemudian mengikut arahan suspek.
“Mangsa memindahkan wang simpanannya berjumlah keseluruhan RM105,700 ke dalam empat akaun bank berbeza diberikan suspek,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Suri rumah rugi RM105,700 ditipu scammer appeared first on Kosmo Digital.