Auto Added by WPeMatico

KUALA KRAI – Mayat dua beradik Orang Asli yang dikhuatiri lemas semasa mandi di Sungai Kampung Gilat di sini dijumpai di dua lokasi berasingan selepas lebih 42 jam dilaporkan hilang di sungai tersebut.
Mayat Irruwan Rantau, 17, ditemukan di Sungai Kelantan, Paloh Rawa dekat Machang kira-kira pukul 8.50 pagi tadi manakala adiknya, Rahidi, 16, dijumpai di kawasan Pangkalan Pasir, Bukit Panau di Tanah Merah dekat sini selepas sejam setengah penemuan abangnya.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Durian, Zulhilmi Baharudin berkata, mayat Irruwan dijumpai kira-kira 25 kilometer (km) dari lokasi dia dipercayai lemas manakala adiknya pula sejauh 35 km.
Menurutnya, kedua-dua mangsa ditemukan dalam keadaan terapung oleh orang awam selepas lebih 24 jam tenggelam sebelum dihanyutkan arus sungai.
“Jenazah Irruwan dihantar ke Hospital Machang manakala adiknya ke Hospital Tanah sebelum diserahkan kepada keluarga mereka,” ujarnya.
Kosmo! Online semalam melaporkan dua beradik Orang Asli dikhuatiri lemas ketika mandi bersama tiga rakan mereka di Sungai Kampung Gilat di sini petang kelmarin.
Dalam kejadian 6.30 petang itu, Irruwan dan adiknya, Rahifi, disedari lemas oleh tiga rakan yang sempat naik ke tebing sebaik melihat dua beradik itu tenggelam di dalam sungai. – KOSMO! ONLINE
The post Mayat dua beradik Orang Asli hanyut lebih 35km appeared first on Kosmo Digital.