Auto Added by WPeMatico

![]()
SUNGAI BULOH – Seorang remaja lelaki, Muhammad Razin Rizqi Mohd Rosdi, 15, dilaporkan hilang sejak keluar dari rumahnya di Kampung Selamat, di sini, Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, laporan diterima kira-kira pukul 4.05 petang semalam.
Menurutnya, remaja itu berketinggian 150 sentimeter, berat sekitar 50 kilogram, berkulit putih dan berambut gaya ‘fringe’.
“Kali terakhir dilihat, mangsa memakai t-shirt putih dan seluar jeans biru,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat, Sarjan Muhamad Rais Azmi di talian 016-949 5707. – KOSMO! ONLINE
The post Keluarga rayu bantu kesan remaja hilang appeared first on Kosmo Digital.