Auto Added by WPeMatico

SEREMBAN – Negeri Sembilan FC (NSFC) menang bergaya dalam pusingan pertama Piala FA selepas menewaskan PDRM FC, 5-0, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini, malam tadi.
Anak didik Nidzam Jamil itu berjaya menghangatkan suasana apabila menghadiahkan gol pertama buat penyokong yang hadir seawal minit pertama melalui sepakan percuma yang dibuat oleh Jovan Motika.
Perlawanan menjadi makin sengit buat PDRM apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Agbre Noel dilayangkan kad merah oleh pengadil Mohammad Zamzaidi Katimin susulan tindakannya mengasari Joseph Esso di hadapan kotak penalti pada minit kesembilan.
Jovan sekali lagi membolosi gawang gol pasukan lawan pada minit ke-40 selepas menolak kemas bola lorongan Takumi Sasaki dalam kawasan gol, sekaligus menambah kebimbangan penyokong PDRM.
Gawang yang dijaga Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim sekali lagi bolos pada minit ke-42, apabila Esso berjaya menjaringkan gol.
Jaringan berkenaan bagaimanapun menerima bantahan awal kerana Joseph Esso dikatakan berada dalam kedudukan ofsaid sebelum gol itu disahkan video bantuan pengadil (VAR).
Pasukan Hobin Jang Hobin nyata tampil lebih garang pada pusingan kedua apabila cubaan demi cubaan menggasak gawang lawan oleh pemain import.
Cubaan berjaya apabila pada minit ke-75, Negeri Sembilan sekali lagi berjaya menjaringkan gol melalui Mio Tsuneyasu dan tiga minit selepas itu, Joseph Esso berjaya menambah jaringan gol. – KOSMO! ONLINE
The post Negeri Sembilan FC benam PDRM FC 5-0 appeared first on Kosmo Digital.