Auto Added by WPeMatico

KUANTAN – Anak sulung kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini sebagai satu perkembangan positif dalam usaha mendapatkan keadilan buat bapanya.
Datuk Mohamad Nizar Mohamad Najib berkata, keputusan mahkamah untuk melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) bapanya daripada pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana RM27 juta milik SRC International Sdn. Bhd. memberi sinar baharu selepas enam tahun kes itu tertangguh.
“Saya bersyukur dengan keputusan itu, walaupun bukan pembebasan sepenuhnya. Sudah enam tahun kes ini berlangsung dan ia tertangguh bukan disebabkan oleh pihak pembelaan, tetapi pendakwa raya.
“Akhirnya kebenaran muncul. Saya harap ini satu permulaan yang baik untuk kes ayahanda,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan program Pameran Pendidikan Pelabur Bersama Invest Smart @Pahang di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE
The post Keputusan Mahkamah Tinggi jadi permulaan positif – Nizar Najib appeared first on Kosmo Digital.