Auto Added by WPeMatico

SEATTLE – Atletico Madrid berpeluang menebus maruah yang sudah tercalar menjelang aksi kedua Piala Dunia Kelab (CWC) 2025 menentang Seattle Sounder di Stadium Lumen Field awal pagi esok.
Pada perlawanan pertama menentang Paris Saint-Germain (PSG) Isnin lalu, pasukan La Liga itu terpaksa menanggung malu apabila gagal memberikan saingan sebelum tewas dengan jaringan cukup besar 0-4.
Justeru, pertemuan menentang Seattle Sounders dianggap sebagai peluang terbaik untuk mereka melepaskan geram selain membuktikan Atletico merupakan salah sebuah pasukan pilihan pada kempen kali ini.
“Kami datang ke sini dengan satu matlamat, iaitu untuk bersaing dengan pasukan-pasukan dari seluruh dunia. Dalam setiap perjalanan, pasti ada cabaran serta dugaan dan kami sudah mengalaminya sebelum ini.
“Sekarang kami perlu membuktikan kemampuan pasukan dengan mencatat kemenangan dalam dua perlawanan berikutnya. Saya yakin semua pemain tahu apa yang mereka perlu lakukan nanti,” kata jurulatih Atletico, Diego Simeone.
Pengendali dari Argentina itu turut menepis dakwaan mereka tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca di Amerika Syarikat sehingga menyebabkan Atletico mengalami kekalahan besar kepada PSG.
“Suhu di sini tidak jauh beza jika dibandingkan dengan Sepanyol yang turut memiliki cuaca hampir sama. Saya tidak mahu jadikan ia sebagai alasan kerana kedua-dua pasukan berdepan keadaan yang sama,” ujarnya. – AGENSI
The post CWC: Atletico ikrar tebus maruah appeared first on Kosmo Digital.