Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Lebih 2,000 individu hadir menyertai program kesihatan, Life Moves Festival 2025 anjuran Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway (SMC).
Ketua Pegawai Eksekutif SMC, Dr. Seow Vei Ken berkata, program itu diadakan bagi menggalakkan masyarakat untuk lebih prihatin terhadap kesihatan diri, tanpa rasa takut atau stigma.
Beliau berkata, acara itu membawa pendekatan mesra komuniti dengan menyediakan saringan kesihatan secara percuma, termasuk pemeriksaan paras gula dalam darah, kolesterol, analisis komposisi badan dan ujian air kencing.
“Kesedaran merupakan titik permulaan yang penting kepada tindakan yang lebih proaktif terhadap penjagaan kesihatan yang secara tidak langsung memperkasakan sistem kesihatan yang seterusnya memperkukuh sistem kesihatan negara demi manfaat jangka panjang.
“Dalam kebanyakan kes, pengesanan awal membolehkan rawatan dimulakan lebih awal, sekali gus memberikan peluang yang lebih baik untuk mengawal dan mengurus penyakit tidak berjangkit (NCD),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Dr. Seow berkata, program yang berlangsung di lobi Menara C dan D hospitak tersebut turut melibatkan barisan profesional perubatan SMC bagi memberikan khidmat konsultasi, memberi peluang kepada ramai pengunjung untuk memahami tahap kesihatan mereka dengan lebih jelas.
“Salah satu tarikan utama yang mencuri perhatian ialah pameran interaktif ‘Jantungku’, yang membawa pengunjung menyusuri sistem kardiovaskular secara mendalam.
“Pameran ini bukan sahaja menarik minat pengunjung dari pelbagai peringkat usia, malah menjadi peringatan bermakna tentang kesan secara langsung gaya hidup harian terhadap tahap kesihatan dan kesejahteraan jangka panjang,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Lebih 2,000 sertai Life Moves Festival 2025 appeared first on Kosmo Digital.