Auto Added by WPeMatico

SEBERANG PERAI – Mudir Sekolah Menengah Agama (SMA) Al-Ahmadiah Al-Ijtimaiah, Hamzah Jaafar, 65, dinobatkan sebagai penerima anugerah Tokoh Maulidur Rasul sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang 1447H/2025M.
Anugerah itu disampaikan oleh Yang di-Pertua Pulau Pinang (TYT), Tun Ramli Ngah Talib dan Hamzah turut menerima trofi, sijil penghargaan dan wang berjumlah RM7,000.
Mengulas mengenai pengiktirafan itu, Hamzah berkata, penghargaan yang diterima itu menguatkan lagi semangatnya untuk terus membantu menegakkan syiar Islam.
Hamzah memberitahu, moyangnya, Haji Muhammad telah menubuhkan madrasah terbabit pada tahun 1896 dan beliau berbangga kerana berpeluang meneruskan legasi sebagai generasi keempat yang mentadbir sekolah terbabit.
“Pelbagai cabaran dan kesukaran yang telah ditempuhi antaranya kekangan kewangan namun itu tidak menjadi penghalang untuk saya terus berbakti.
“Bagaimanapun, bantuan dari Kerajaan Persekutuan dan Negeri mengukuhkan peranan madrasah ini sekali gus membantu kami untuk terus melahirkan cendekiawan cemerlang.
“Selain itu, pada awal tahun 2000 pengajian madrasah ini telah bertukar taraf ke Sekolah Agama Rakyat (SAR). namun sistem pengajian pondok masih berkekalan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini. -KOSMO! ONLINE
The post Mudir sekolah dinobat Tokoh Maulidur Rasul di P. Pinang appeared first on Kosmo Digital.