Auto Added by WPeMatico

![]()
PONTIAN – Sepasang suami isteri warga Indonesia ditahan selepas disyaki terlibat dengan kes penyeludupan manusia dan pengedaran dadah di Kampung Parit Yassin, Benut, di sini, tengah hari semalam.
Ketua Polis Daerah Pontian, Supritendan Hadzrat Hussein Mion Hussain berkata, pasangan suami isteri masing-masing berusia 32 dan 35 tahun ditahan pada pukul 1.20 tengah hari dalam Ops Pintas Tapis Bersepadu.
“Hasil soal siasatan yang dijalankan, lelaki berkenaan berperanan sebagai tekong darat manakala isterinya pula sebagai pengedar dadah sejak tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, saringan ujian air kencing dijalankan mendapati pasangan suami isteri ini positif dadah jenis methamphetamine.
Menurut beliau, lelaki Indonesia akan ditahan dibawah Seksyen 4 (5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma), manakala isterinya disiasat dibawah Seksyen 51 (5) (b) Akta Imigresen 1959/63. – KOSMO! ONLINE
The post Suami seludup orang, bini edar dadah appeared first on Kosmo Digital.