Auto Added by WPeMatico

LONDON – Hasrat Chelsea untuk mendapatkan khidmat pemain RB Leipzig, Xavi Simons berdepan halangan selepas kelab Jerman itu tidak berminat dengan apa-apa terma lain kecuali pembayaran penuh nilai perpindahan.
Chelsea sebelum ini memasukkan beberapa nama termasuk Christopher Nkunku, Armando Broja, Tyrique George dan Carney Chukwuemeka sebagai terma pertukaran pemain dan wang tunai.
Bagaimanapun, Leipzig dilapor mahukan nilai penuh £60 juta (RM339.15 juta) untuk mereka bersetuju melepaskan pemain yang beraksi di posisi sayap itu ke Stamford Bridge.
Simons dikatakan bersedia untuk meninggalkan Leipzig dan berminat untuk beraksi di Liga Perdana Inggeris bersama Chelsea menyebabkan dia melantik ejen, Ali Barat untuk menyelesaikan urusan rundingan berkenaan.
Situasi berkenaan menyebabkan Chelsea terpaksa menangguhkan hasrat mereka untuk membawa masuk Simons apabila perlu menyelesaikan urusan perpindahan keluar beberapa pemain terlebih dahulu.
Leipzig sebelum ini berjaya menandatangani Simons dari Paris Saint-Germain pada Januari lalu selepas semusim setengah menggunakan khidmatnya secara pinjaman menerusi rekod perpindahan termahal kelab pada harga £43 juta (RM243.05 juta).
Simons terdesak untuk meninggalkan Leipzig apabila pasukan itu gagal layak beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara musim depan, namun kelabnya mahukan nilai berkenaan secara solid tanpa sebarang terma lain. – AGENSI
The post Leipzig rencatkan impian Chelsea appeared first on Kosmo Digital.