Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – “Abang, lampu belakang, silau,” itu reaksi seorang lelaki menjerit kepada trak tunda yang memasang lampu sorot (spotlight) membuatkan pemanduannya terganggu akibat silau.
Menerusi perkongsian pengguna TikTok Ain Syafiqah bersama suami terpaksa menjerit selepas memberi hon beberapa kali kepada pemandu trak berkenaan.
“Suami jerit lori towing (trak tunda) buka lampu spotlight (sorot) belakang,” menurut kapsyen dalam video TikTok berdurasi 2 minit itu.
Tambahnya, jalan raya dua hala yang kecil membuatkan pasangan suami isteri itu risau sekiranya berlaku kemalangan.
Menjengah ke ruangan komen, ramai mendapati situasi itu membahayakan pemanduan pengguna jalan raya lain dan boleh menyebabkan kemalangan.
“Dia punya silau tu macam nak ke syurga,” kata Umi
“Memang sengaja ke buat lampu macam itu, boleh buat orang kemalangan,” komen @nrulnaim
“Kepada pemandu lori yang buka lampu spotlight belakang ini, apa keperluan sebenarnya?,” komen @zoeyl4d93
“Tengok video pon terasa silau dia, pemandu belakang lori itu lagilah silau,” kata Ekin. – KOSMO! ONLINE
@ainsyafiqah1305Part suami jerit, Lori towing buka sportling belakang
The post [VIDEO] ‘Abang lori, silau sangat lampu belakang tu’ appeared first on Kosmo Digital.