Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Tindakan seorang pelajar sekolah membuat siaran langsung melalui TikTok di dalam kelas sewaktu kelas berjalan mencuri perhatian pengguna media sosial.
Menerusi perkongsian di Threads oleh @miezaid, dia berkongsi tangkap layar menunjukkan seorang pelajar sekolah sedang membuat siaran langsung (live) di TikTok ketika guru sedang mengajar.
“Dalam kelas, cikgu tengah mengajar tapi murid boleh buat live! Cikgu ibarat bercakap dengan tunggul. Lagi menyakitkan hati bila komen dan bahasa yang digunakan langsung tak ada adab. Ini ke generasi pewaris negara yang kita mahu banggakan?
“Telefon bimbit dibawa ke sekolah, siap live masa PdPc (Pembelajaran di dalam Kelas)! Mohon@kempendidikan ambil serius isu ini. Jangan sampai maruah institusi pendidikan tercalar sebab segelintir pelajar yang hilang hormat pada guru. Netizen pun, jgn normalisasikan benda macam ni. Tegur, bukan sokong!,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Perkongsian itu turut mendapat perhatian ramai yang mengecam tindakan pelajar terbabit dan menzahirkan rasa kesal terhadap sikap segelintir pelajar masa kini.
“Kenapa tak rampas saja telefon tu? Bagi amaran kalau buat juga, rampas la,” komen Huzaifah.
“Serabut tengok budak tak ada adab macam ni. Orang pergi sekolah nak fokus belajar, bukan buat live waktu cikgu tengah mengajar di depan,” kata Syaza Izati.
“Dahulu takut nak langgar peraturan sekolah. Ketar-ketar kalau ada ‘spotcheck’. Zaman sekarang adab dengan cikgu pun dah ke mana. Macam mana ilmu nak berkat,” kata Syaytinn. – KOSMO! ONLINE
The post Cikgu sedang mengajar, pelajar sempat buat live TikTok dalam kelas appeared first on Kosmo Digital.