Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Seekor kucing bernama Shimba yang turut dibawa menyertai kontinjen Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) pada Hari Kebangsaan 2025 di Putrajaya menarik perhatian pengunjung di situ.
Menerusi hantaran video dikongsikan pengguna TikTok Eliza Mak Kucing, memperlihatkan kucing tersebut dipegang oleh salah seorang anggota yang berdiri atas kenderaan milik APM.
Terdapat satu kertas di situ tertulis, ‘ Hi saya Shimba, saya mangsa ya bukan penyelamat’ iaitu merujuk kepada kucing berkenaan.
Dalam pada itu, pengguna media sosial turut tertarik dengan kecemolan kucing berkenaan selain dianggap sebagai salah satu usaha menarik minat pengunjung sepanjang sambutan tersebut.
“APM ni aktif sangat tahun ni,” komen seorang pengguna TikTok Malas Baik.
“Banyak team bawa masuk perbarisan tahun ni,” komen Lynnesapuan.
“Comel sangat mangsa tu,” kata Noorsuhada. – KOSMO! ONLINE
@elizadianna Eh mangsa pun dapat join perarakan merdeka #merdeka #perarakanmerdeka #kucing #kucingmerdeka #putrajaya ♬ Tanggal 31 Violin Cover – Aqmal Daniel
The post [VIDEO] ‘Saya Shimba, mangsa bukan penyelamat’ appeared first on Kosmo Digital.