Auto Added by WPeMatico
Ibu Zayn Rayyan ke Penjara Kajang serta-merta

![]()
PETALING JAYA – Ibu kanak-kanak Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin yang dipenjara lima tahun atas pertuduhan mengabaikan anaknya diperintah menjalani hukuman penjara serta-merta oleh Mahkamah Sesyen di sini.
Hakim Dr. Syahliza Warnoh memutuskan demikian selepas menolak permohonan pihak pembelaan bagi penangguhan hukuman terhadap Ismanira Abdul.Manaf, 30,.
Dengan keputusan Ismanira dibawa Penjara Kajang.
Sejurus selepas keputusan itu, dan keadaan galeri awam tengang apabila suami Ismanira, Zaim Ikhwan Zahari dilihat gagal mengawal perasaan sambil berdiri menyatakan “semoga Allah laknat”.
Terdahulu Ismanira dihukum penjara lima tahun selepas mahkamah mendapati wanita itu bersalah melakukan pengabaian terhadap anak sulungnya itu.
Mengikut pertuduhan pindaan Ismanira sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anak mereka Zayn Rayyan Abdul Matin yang berusia enam tahun (ketika kejadian) didakwa bersama-sama mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sekitar kawasan Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai sehingga ke kawasan sungai berdekatan Apartment Idaman, Damansara Damai di sini antara pukul 12 tengahari, 5 Disember dan pukul 9.55 malam pada 6 Disember 2023.
Justeru mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Semasa prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, Aqharie Durranie Aziz dan Nur Sabrina Zubairi manakala tertuduh-tertuduh diwakili peguam Haresh Mahadevan, Ramzani Idris dan Lavanesh Haresh. – KOSMO! ONLINE
The post Ibu Zayn Rayyan ke Penjara Kajang serta-merta appeared first on Kosmo Digital.