Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Keadaan bertempiaran lari rakyat Israel ketika diserang roket dan misil oleh Iran dipercayai di Tel Aviv mengingatkan orang ramai kepada rakyat Palestin ketika diserang rejim itu beberapa tahun lalu.
Malah orang ramai turut meninggalkan komen bahawa penderitaan rakyat Palestin selama bertahun-tahun seolah-olah berbalik kepada rakyat penjajah itu yang kini ketakutan terkena misil.
Video tular itu yang dikongsi di media sosial menunjukkan ribuan rakyat Israel menyelamatkan diri dipercayai ke tempat persembunyian bawah tanah apabila kawasan itu dibedil bertalu-talu oleh Iran.
Menerusi hantaran di Threads oleh @dmskaaaaaa3, orang Israel bertempiaran lari dalam keadaan cemas dipercayai susulan satu insiden letupan atau serangan.
Serangan itu susulan Israel menjadi sekutu Amerika Syarikat yang memulakan serangan ke Tehran, Iran pada 28 Februari lalu.
Iran turut melancarkan serangan balas di pangkalan tentera dan kedutaan Amerika Syarikat di beberapa negara Asia Barat.
Perkongsian berkenaan mengingatkan netizen akan ketakutan dan penderitaan yang dialami oleh warga Palestin.
Konflik berpanjangan di Gaza yang berlarutan sejak beberapa tahun lalu telah mengorbankan ribuan nyawa dan memaksa ramai penduduk awam hidup dalam keadaan tidak menentu.
“Baru mereka tahu perasaan orang Palestin dibom setiap hari,” kata Dmskaaaaaa3.
Selain itu, kata pengguna @Nadiyahsodiq, dia gembira melihat ketakutan mereka selepas apa yang telah dilakukan terhadap Palestin. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Baru mereka tahu perasaan orang Palestin dibom setiap hari’ appeared first on Kosmo Digital.
