Auto Added by WPeMatico

![]()
JAKARTA – Sekumpulan wanita di Enggal, wilayah Lampung menerima kecaman orang ramai kerana melakukan senaman zumba di pekarangan sebuah masjid sambil memakai pakaian ketat, lapor portal berita Lambe Turah.
Kejadian berlaku dekat Masjid Al-Bakrie semalam.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan wanita-wanita itu berjoget mengikut rentak muzik yang rancak.
Selain mengenakan baju dan seluar ketat, ada antara mereka yang tidak memakai tudung.
Rakaman itu mencatatkan lebih 352,000 tontonan dan menimbulkan kemarahan ramai pengguna media sosial.
“Saya beruntung kerana hobi ibu bapa saya adalah pergi ke sawah,” kata seorang netizen.
“Kelakuan tidak mencerminkan usia,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI
The post Geng ‘makcik’ zumba di masjid appeared first on Kosmo Digital.