Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Tindakan dua individu tidak bertanggungjawab yang berani memotong hos bomba di sebuah kawasan perumahan di Semenyih mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk setempat.
Menerusi satu hantaran di TikTok milik @Norfatimahjamal, rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang wanita membawa alat pemotong kabel dan memotong peralatan kecemasan itu selepas berjaya mengalihkan perhatian pengawal keselamatan.
“Mereka datang berdua, seorang tarik perhatian guard, seorang lagi pura-pura hantar barang tapi sebenarnya tengah potong hos bomba. Lepas itu tukar peranan pula.
“Nasib baik ada CCTV rumah kalau tak mati-mati ingat budak-budak yang main, memang tak perasan langsung.
“Bukan satu, bukan dua… tapi empat hos bomba dia potong. Bayangkan kalau ada kecemasan masa itu,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan kemarahan dan kebimbangan terhadap perbuatan tersebut yang dianggap sebagai sabotaj.
“Baru jadi kat kawasan kami, dua-dua blok potong habis. Bahaya kalau tiba-tiba terbakar, hos bomba langsung tak boleh guna,” kata seorang pengguna.
“Mesti akan ada unsur-unsur khianat nanti. Orang lain tak boleh guna hos tu,” komen Azman.
“Tak faham dengan manusia yang ada masa untuk buat kerosakan.. banyak betul masanya.. harap dapat tangkap lah.. manusia macam ini menyusahkan manusia lain, membazir masa orang lain,” ujar pengguna lain. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Bukan satu, dua… tapi empat hos bomba dia potong’ appeared first on Kosmo Digital.