Auto Added by WPeMatico

![]()
NILAI – Taktik sekumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) bersembunyi di sebalik mesin bekalan kuasa dan celahan susunan produk kilang bagi mengelak ditahan gagal, apabila mereka berjaya dikesan dalam satu operasi penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan (JIMNS) pagi semalam.
Dalam operasi bermula jam 7.50 pagi hingga 11.15 pagi di sebuah kilang bateri di Nilai, seramai 184 PATI berusia antara 20 hingga 49 tahun ditahan hasil pemeriksaan terhadap 219 warga asing.
Pengarah JIMNS, Kennith Tan Ai Kiang, berkata ketika pasukan tiba, sebahagian PATI cuba melarikan diri manakala ada yang menyorok di sebalik mesin dan di celahan produk kilang untuk mengelak daripada dikesan.
“Bagaimanapun hasil pemeriksaan teliti, kesemua mereka berjaya ditahan,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, daripada jumlah yang ditahan, 163 adalah lelaki dan 21 perempuan, terdiri daripada 123 warga Bangladesh, 58 warga Myanmar (38 lelaki, 20 perempuan), dua warga Pakistan dan seorang wanita warga Indonesia.
Menurut Kennith, operasi itu dijalankan susulan aduan awam mengenai warga asing yang disyaki bekerja tanpa pas dan dokumen pengenalan diri sah.-KOSMO! ONLINE.
The post Kamu menyorok, imigresen lagi pandai cari appeared first on Kosmo Digital.