Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Gelagat seorang pelajar orang kurang upaya (OKU) yang membuat aksi di atas pentas sebelum menerima anugerah kecemerlangan mencuit hati ramai.
Menerusi perkongsian di TikTok oleh @anieymelor84, kelihatan pelajar OKU tersebut dilihat membuat aksi ‘flip’ sebelum menerima anugerah Pelajar Cemerlang Ko-Kurikulum di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Andalas, Klang, Selangor.
“Orang lain tidak pernah bagi pengenalan sehebat ini. Dia seorang saja,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai di media sosial yang rata-ratanya terhibur dan bangga dengan keyakinan anak istimewa tersebut.
“Mentang-mentang la ada tiket percuma, depan VIP tidak ada hal,” komen @herisni.desyri
“Saya selaku guru kanak-kanak istimewa boleh kata hebat adik ni, terus maju jaya tau!,” kata Fie.
“Tidak dijangka betul aksi dia ya, siap buat flip. Sekali cikgu angkatkan papan skor,” komen Ainul Abdullah. – KOSMO! ONLINE
@anieymelor84 Replying to @wannorachik ♬ original sound – Cik Aniey
The post [VIDEO] ‘Tidak jangka dia akan buat aksi atas pentas’ appeared first on Kosmo Digital.
Cik Aniey
Cik Aniey 