Auto Added by WPeMatico

KAJANG – Tidak puas hati dengan cara berkomunikasi dan berinteraksi dipercayai menjadi punca seorang pelajar dipukul rakan sekelas di sebuah pusat beli-belah di Bandar Kajang, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, sebanyak sembilan keterangan saksi telah diambil termasuk empat pelajar yang ditahan, sebelum ini.
“Reman disambung sehari lagi hingga esok, namun semua suspek dibebaskan dengan jaminan polis, hari ini setelah selesai dokumentasi dan proses siasatan,” katanya dalam kenyataan.
Kosmo! sebelum ini melaporkan, empat pelajar lelaki berusia 13 tahun ditahan polis selepas dipercayai memukul rakan sekelas di sebuah pusat beli-belah di Bandar Kajang, di sini.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa iaitu seorang pelajar lelaki kira-kira pukul 12.57 tengah hari, kelmarin.
Menurutnya, pengadu memaklumkan telah ditumbuk dan ditampar oleh dua pelajar lain yang berpakaian seragam sekolah ketika berada di pusat beli-belah terbabit sehari sebelum laporan dibuat.
Kes disiasat di bawah Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyebabkan kecederaan dan ugutan jenayah serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955. – KOSMO! ONLINE
The post Tumbuk rakan sekelas: 4 pelajar dibebaskan appeared first on Kosmo Digital.