Auto Added by WPeMatico

![]()
JAKARTA – Penduduk sebuah perkampungan di Lombok Timur, wilayah Nusa Tenggara Barat mengundang perhatian ramai kerana membawa jenazah ke tanah perkuburan dengan menaiki sampan, lapor portal berita Tribunnews.
Kejadian berlaku di Desa Seriwe, daerah Jerowaru kelmarin.
Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @hailotim menunjukkan dua lelaki sedang mendayung sampan sambil membawa keranda yang diletakkan di bahagian tengah sampan.
Penghulu Seriwe, Huda Yana tampil menjelaskan bahawa jenazah itu terpaksa dibawa menggunakan sampan kerana tiada pengangkutan lain.
“Namun, arus sungai boleh menjadi deras dan mencetuskan bahaya. Apabila air pasang, kanak-kanak tidak boleh menyeberangi sungai. Mereka harus tunggu sehingga surut,” kata Huda. – AGENSI
The post Tiada pilihan, terpaksa bawa jenazah naik sampan appeared first on Kosmo Digital.