Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Pulau Pinang pagi ini selepas berlepas dari Doha, Qatar bagi menyertai sambutan Hari Malaysia yang berlangsung di negeri ini.
Kehadiran Anwar turut disambut oleh pimpinan negeri dan masyarakat setempat, sebelum beliau menghadiri rapat umum bersama rakyat sempena cuti umum Hari Malaysia.
Menerusi perkongsian di platform X, Anwar meluahkan rasa syukur kerana dapat kembali ke tanah air tepat pada masanya untuk bersama rakyat menyambut detik bersejarah negara.
“Alhamdulillah, selamat tiba di Pulau Pinang pagi ini dari Doha untuk meraikan Sambutan Hari Malaysia selain menghadiri rapat umum bersama masyarakat.
“Selamat Hari Malaysia dan selamat bercuti kepada semua!” katanya.
Terdahulu, Anwar berada di Doha selama dua hari bagi menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam yang membincangkan isu kekejaman berterusan rejim Zionis ke atas rakyat Palestin, khususnya di Gaza. – KOSMO! ONLINE
The post Anwar selamat tiba dari Doha, hadiri sambutan Hari Malaysia appeared first on Kosmo Digital.