Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Tindakan beberapa individu dipercayai mencuri air dari saluran paip awam berhampiran kawasan perkuburan di Kampung Likas, Sabah, terbongkar.
Lebih mengejutkan, aktiviti itu berlaku secara terang-terangan di depan kubur, seolah-olah tiada rasa bersalah atau takut disumpah nenek moyang.
Dalam video tular menerusi aplikasi TikTok, kelihatan wayar paip air disambung secara haram ke bahagian longkang, dipercayai digunakan oleh pendatang tanpa izin.
“Orang tempatan pun beli air, dorang pula memandai mahu air free,” luah @a_6527.
“Patutlah tiada air di UMS (Universiti Malaysia Sabah)… rupanya ada yang ‘tapau’ dari sumber ghaib,” kata @Kimieeeeee.
“Dah tahu sambungan tu di mana? Kalau dah tahu boleh buat report (laporan)… pergi balai polis kah,” balas Lydia Yong.
Tinjauan di ruangan komen mendapati ramai pengguna menuntut agar pihak berkuasa tempatan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menyiasat kejadian berkenaan. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Trick’ curi air depan kubur kantoi appeared first on Kosmo Digital.