Auto Added by WPeMatico

![]()
SEPANG – Selepas 13 jam, kebakaran hutan belukar di Salak Tinggi, di sini akhirnya berjaya dipadamkan sepenuhnya sekitar pukul 5.37 pagi tadi.
Difahamkan, kawasan yang terbakar membabitkan hutan seluas lapan hektar berdekatan sebuah taman perumahan, di sini.
Ketua Zon 5 KLIA, Mohamad Issmanto Md. Pono ketika dihubungi berkata, kebakaran bagaimanapun tidak melibatkan struktur bangunan dan mangsa.
Beliau berkata, seramai 61 anggota terlibat dalam operasi pemadaman bermula 4.32 petang semalam.
“Ia termasuk anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Sepang, Dengkil, Cyberjaya dan KLIA selain pasukan bomba sukarela Delek Klang, Skuad Pantas serta Angkatan Pertahanan Awam.
“Kebakaran awal membabitkan kawasan seluas 1.5 ekar sebelum merebak ke kawasan lain seluas 20 ekar,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya, api merebak dengan cepat disebabkan keadan cuaca yang panas dan berangin selain operasi pemadaman berdepan kesukaran berikutan tiada akses laluan masuk bagi jentera bomba ke kawasan berkenaan. – KOSMO! ONLINE
The post 13 jam padam kebakaran hutan di Salak Tinggi appeared first on Kosmo Digital.