Auto Added by WPeMatico

SHAH ALAM – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS), Mohd. Sabirin Mohd. Sarbini dilantik sebagai Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berkuat kuasa hari ini.
Pelantikan beliau menggantikan Dr. Ahmad Shahir Makhtar yang menamatkan tempoh perkhidmatan semalam.
MAIS menerusi pengumuman itu memaklumkan, pihaknya menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pelantikan baharu berkenaan.
“Mohd Sabirin yang berkelulusan Sarjana Muda Perakaunan dan Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Putra Malaysia (UPM) memegang beberapa jawatan penting di LZS termasuk Ketua Divisyen Kutipan, Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf dan Ketua Pegawai Eksekutif.
“Selain itu, beliau merupakan Perancang Kewangan berdaftar di bawah Majlis Perancangan Kewangan Islam (MFPC), ahli Persatuan Percukaian Malaysia (MATA) dan mempunyai tauliah mengajar Selangor di bawah MAIS,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Mohd. Sabirin dilantik Setiausaha MAIS baharu appeared first on Kosmo Digital.