Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Demi menjaga hati jiran dan mengelak bunyi bising yang boleh mengganggu, peserta program RXZ Members 7.0 minggu lalu sanggup menolak motosikal masing-masing dari homestay sebelum menghidupkan enjin.
Menerusi perkongsian video tular di TikTok, aksi berpuluh-puluh ‘otai RXZ’ menolak motor dengan penuh tertib itu meraih pujian ramai netizen.
Rata-rata netizen memuji sikap bertimbang rasa peserta yang tidak mementingkan diri walaupun jentera RXZ mereka terkenal dengan bunyi enjin yang ‘padu’ dan garang.
“Terbaik abang-abang RXZ.. terlanjur dah komen ni nak tanya sikit, ada tak dikalangan abang-abang ni yang tiada bini (single)? Nak ajak mai (datang) stay (tinggal) Terengganu terus ni,”seloroh Salmasayang79.
“Ada yang tolak motor dari homestay sampai ke Gong Badak pun ada,” tulis Jan.
“Uihhh.. homestay depa tepi litar tu je,” komen Khairul Nijang.
Terdahulu, program RXZ Members 7.0 yang berlangsung selama dua hari di Terengganu itu bukan sekadar tempat peminat motor dua lejang berhimpun, malah menyerlahkan nilai sopan santun dan hormat kepada masyarakat setempat. – KOSMO! ONLINE
@matnijang Harap 8.0 penganjuran masih dibumi Terengganu Darul Iman.Perkara Positif dan negarif itu biasa, Ambil dua2..satu untuk kekalkan,satu untuk kita baiki bersama. Percayalah sudah 7 tahun vibe ini disini, tiada galang ganti memorinya untuk kita kenang bersama. #rxz #rxz_members_official #pencintaduaroda #terengganu #terengganudaruliman ♬ Bintang_Budakkacamata – Abg Jiwang_Official
The post [VIDEO] Peserta RXZ sanggup tolak motor, tak mahu ganggu kejiranan ‘homestay’ appeared first on Kosmo Digital.