Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) menerima pujian orang ramai, apabila mereka kagum dengan keyakinannya bercakap dalam bahasa Inggeris sambil memberi penjelasan mengenai tugas hariannya kepada seorang lelaki Russia.
Menerusi video dimuat naik lelaki Russia itu pada TikTok Alexey Brock, dia bertanya kepada anggota Rela tersebut dikenali sebagai Al-Yahya sewaktu bertemu di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Brock bertanyakan mengenai uniform dipakai oleh Al-Yahya yang berbeza dengan anggota Polis Diraja Malaysia dan dia turut bertanyakan tugas sebenar sebagai anggota Rela.
“Saya bukan polis tapi saya half police (separuh polis untuk pemahaman mudah), kita panggil Rela. Polis secara keseluruhan di seluruh negara. Tapi kami hanya di sesuatu tempat.
“Kalau tempat berubah, saya juga akan berubah tugasan. Sudah tentu saya seronok dengan apa yang saya buat sekarang,” katanya menerusi perbualan dalam video berkenaan.
Al-Yahya juga menceritakan, dia pernah terpaksa menghalang seorang pelanggan yang membawa makanan ke dalam premis, sewaktu dia sedang bertugas di sebuah perniagaan.
“Di bahagian saya, tak boleh bawa makanan ke dalam. Jadi saya jalankan tugas, saya tak bagi mereka bawa makanan. Jadi mereka ‘gaduh’ dengan saya. Akhirnya mereka mengakui, itu memang tugas saya. Jadi mereka pun pergi,” katanya.
Video berkenaan mendapat pelbagai maklum balas dan mereka turut memuji anggota Rela tersebut, selain ada juga meneka kemungkinan lelaki itu sebelum ini bekerja dalam pasukan beruniform sebelum bersara.
“Pak cik Rela bukan biasa-biasa speaking (bercakap bahasa Inggeris),” komen Bro Nasa Official.
“Steady pak cik, bukan 100 peratus pandai speaking, cukup kita tahu nak bagi mereka faham saja,” komen Radin Banzai.
“Bekas tentera agaknya ni. Mantap bang,” kata Syed Zulfadli. – KOSMO! ONLINE
@alexey.brock I’ve seen their uniform before. Now I know..
The post [VIDEO] ‘Pak cik Rela bukan biasa-biasa’ appeared first on Kosmo Digital.

I’ve seen their uniform before. Now I know..