Auto Added by WPeMatico

![]()
DUBAI – Jutawan mata wang kripto dari Russia, Roman Novak dan isterinya Anna, yang hilang di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) kira-kira sebulan lalu, ditemukan dalam keadaan badan mereka dikerat-kerat dan ditanam di sebuah gurun dekat Dubai, lapor laman berita VNExpress.
Pasangan itu dilaporkan hilang oleh ahli keluarga mereka awal Oktober lalu selepas terputus hubungan selama beberapa hari.
Kali terakhir mereka dilihat adalah ketika memandu untuk bertemu dengan ‘pelabur yang tidak dikenali’ di sebuah tasik berhampiran resort pergunungan Hatta di Dubai, UAE.
Pasangan itu kemudian disahkan diculik, dengan wang tebusan dalam jumlah besar dituntut, tetapi tidak pernah dibayar.
Mangsa dibunuh sebulan lalu dan ditanam di kawasan gurun.
“Siasatan membuktikan bahawa pembunuh mempunyai rakan subahat yang membantu mengatur penculikan itu,” kata Svetlana Petrenko daripadai Jawatankuasa Siasatan Russia.
“Selepas pembunuhan berlaku, suspek melupuskan pisau dan barang peribadi mangsa sebelum menanam mayat mereka di emirat yang berbeza,” tambahnya.
Suspek yang semuanya warganegara Russia, telah ditahan dan dijangka diekstradisi ke Saint Petersburg, lapor akhbar Daily Mirror.
Roman dan Anna dikenali kerana kerap mempamerkan gaya hidup mewah di media sosial, berkongsi imej kereta mewah, jet peribadi dan kenalan berprofil tinggi termasuk pengasas Telegram, Pavel Durov. – AGENSI
The post Pasangan jutawan dikerat-kerat, ditanam di gurun appeared first on Kosmo Digital.