Auto Added by WPeMatico

JOHOR BAHRU – Keadaan rumah Cikgu Lo Kwan Fong yang ditemui mati sendirian di kediamannya di Bandar Selesa Jaya, Skudai di sini bersemak dan tidak terurus.
Malah keadaan ruang di dalam rumah guru kanan sebuah sekolah rendah itu tidak terurus dipenuhi dengan botol dan tin minuman.
Keadaan itu menguatkan lagi dakwaan bahawa wanita yang hidup sebatang kara itu mengalami masalah kesihatan mental dan kemurungan.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan ketika ditanya pemberita mengenai perkembangan kes kematian mendiang Kwan Fong, 39, pada malam Khamis minggu lalu.
“Setakat ini, jasad mangsa yang dipercayai mati kira-kira sebulan lalu masih berada di Hospital Sultanang Aminah (HSA) dan belum ada waris terdekat yang tampil untuk menuntutnya. Ada pihak sekolah yang tampil untuk menuntutnya mayat mangsa namun kita tak boleh benarkan, kita kena kesan waris terdekat dahulu.
“Polis kini sedang mendapatkan bantuan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mengesan waris mangsa,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.
Tambah Kumarasan, sehingga kini usaha mengesan waris terdekat mangsa menemui jalan buntu.
Isnin lalu, Kosmo! melaporkan seorang guru wanita ditemui mati di dalam rumahnya selepas jiran terhidu bau busuk yang berpunca daripada rumah mangsa sebelum membuat laporan di Balai Polis Nusa Bestari pada pukul 8 malam, Khamis lalu. -KOSMO! ONLINE
The post Kematian Cikgu Kwan Fong: Keadaan rumah semak penuh botol, tin appeared first on Kosmo Digital.