Auto Added by WPeMatico

KUALA LUMPUR – Kekosongan dua jawatan Kabinet akan dipangku sementara oleh menteri lain.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tiada keperluan mendesak membuat rombakan Kabinet ketika ini.
“Urusan kerajaan berjalan seperti biasa dan mesyuarat Kabinet akan dimaklumkan mengenai menteri yang akan pangku,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Perasmian Penutupan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025 di ibu negara hari ini.
Anwar mengulas peletakan jawatan Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad minggu lalu.
Rafizi meletak jawatan Menteri Ekonomi, manakala Nik Nazmi meletak jawatan sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam.
Rafizi dan Nik Nazmi mengumumkan peletakan jawatan masing-masing berkuat kuasa 17 Jun dan 4 Julai depan selepas tewas pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2025. – KOSMO! ONLINE
The post Tiada rombakan, kekosongan jawatan Kabinet dipangku menteri lain appeared first on Kosmo Digital.