Auto Added by WPeMatico

![]()
SEBERANG PERAI – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 908 kotak rokok bernilai hampir RM10 juta termasuk duti dan cukai yang ditemukan dalam sebuah kontena di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang, Selangor, baru-baru ini.
Pengarah Kastam negeri, Datuk Rohaizad Ali berkata, dalam pemeriksaan pada pukul 10.40 pagi itu, dokumen pengikraran kontena berkenaan diisytihar membawa 930 kotak bertulis perabot.
“Bagaimanapun, pemeriksaan fizikal ke atas kontena dari Vietnam itu mendapati kotak-kotak berkenaan berisi 9,08 juta rokok seludup.
“Penyeludupan rokok cuba dilakukan dengan membuat pengisytiharan tidak betul ke atas kontena berkenaan, namun sindiket itu berjaya ditumpaskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967,” katanya dalam sidang media di Perai di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, tiada tangkapan dilakukan setakat ini, namun siasatan lanjut sedang dilakukan bagi mengesan pihak yang terlibat.
“Orang ramai diminta untuk bekerjasama membanteras kegiatan penyeludupan yang menyebabkan ketirisan hasil negara dan menjejaskan keselamatan rakyat,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE
The post Isytihar kotak muatan perabot tapi bawa rokok seludup appeared first on Kosmo Digital.