Auto Added by WPeMatico

BANGKOK – Seorang penghantar barangan nyaris menemui ajal ketika bertugas apabila serangan roket dalam pertempuran tentera Thailand dengan Kemboja hampir mengenai dirinya, lapor laman berita MSNews semalam.
Dalam satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), dua ekor anjing dilihat melarikan diri ketika tanah bergegar akibat hentaman roket di wilayah Surin, kira-kira pukul 10.11 pagi (waktu tempatan), Khamis lalu.
Asap turut dilihat menyelubungi kawasan di lokasi sasaran peluru berpandu itu.
Namun, tanpa diduga, seorang penghantar barangan keluar dari kepulan asap sambil menunggang motosikal sebelum berhenti di hadapan pagar tempat kerjanya.
Dia kemudian bercakap dengan seseorang menggunakan telefon sebelum beredar.
Rakaman video itu tular di media sosial dengan ramai netizen bergurau tentang kesungguhan ‘rider’ tersebut untuk menjalankan tugasnya. – AGENSI
The post ‘Rider’ muncul dari kepulan asap roket appeared first on Kosmo Digital.