Auto Added by WPeMatico

![]()
KUALA LANGAT – Upah RM80 bagi satu trip perjalanan mendorong seorang lelaki warga India menjadi pemandu pelancong haram sebelum aktivitinya terbongkar selepas ditahan di Kilometer 9 Jalan Klang-Banting di sini, baru-baru ini.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Azrin Borhan berkata, siasatan mendapati suspek lelaki berusia 23 tahun menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Hyundai didaftarkan atas nama seorang lelaki lain dengan menyalah guna Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi membawa pelancong.
Menurutnya, lelaki berkenaan baharu seminggu bekerja sebagai pemandu pelancong.
“Dia menerima kadar upah RM80 bagi satu trip perjalanan pergi dan balik dalam penghantaran pelancong.
“Kenderaan itu disita dan pemandu terbabit ditahan bagi membantu siasatan,” katanya hari ini.
Beliau menegaskan, JPJ memandang berat mengenai isu ini kerana boleh menjejaskan pemandu warga tempatan yang mempunyai permit sah. – KOSMO! ONLINE
The post Upah RM80 bawa pelancong secara haram appeared first on Kosmo Digital.