Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Niat seorang penghantar makanan mencari rezeki pagi tadi bertukar menjadi detik menyentuh hati apabila dia menemui seorang warga emas yang tinggal bersendirian dalam keadaan uzur dan serba kekurangan.
Menurut perkongsian di TikTok Fathia Syazwanie, kejadian itu berlaku semasa suaminya menghantar makanan di sebuah rumah di Parit Yaani, Johor.
Katanya, suaminya pada mulanya hairan apabila penerima makanan tidak keluar mengambil pesanan walaupun telah menunggu di hadapan rumah sebelum bertindak menghampiri pintu kediaman itu.
“Terkejutnya dia bila tengok keadaan dalam rumah pak cik ini dengan tisu-tisu kat luar pintu rumah.
“Pak cik ini duduk seorang saja, isteri dah berpisah dan bawa anak-anak dia sekali,” katanya.
Turut dikongsi dalam hantaran itu ialah gambar keadaan kaki warga emas tersebut yang membengkak di kedua-dua belah serta keadaan rumahnya yang tidak terurus.
Katanya, warga emas berkenaan ada bertanya kepada lelaki tersebut bagaimana untuk dapatkan bantuan yang boleh dihantar terus ke rumahnya kerana dia kini mengalami strok dan sukar untuk berjalan.
“Dekat sini ada ke orang Parit Yaani, orang Batu Pahat yang boleh tolong hantar makanan atau ubatan untuk dia.
“Alamat dia dan nombor telefon semua saya ada,” katanya.
Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna meluahkan rasa simpati selain berharap agar ada pihak yang tampil membantu warga emas itu.
“Ya Allah pak cik, semoga diberikan kemudahan untuk pak cik. Saya tolong repost supaya ramai yang tahu dan boleh tolong pak cik dengan cara yang termampu,” kata Pistachiong.
“Jom buat tabung ramai-ramai kita derma buat saham pahala kita juga admin tolong sampaikan dan pantau,” kata Nashtasya. – KOSMO! ONLINE
The post Rider terkejut jumpa warga emas uzur tinggal sendirian appeared first on Kosmo Digital.
4 Dec 2025 @GrabMY