Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Suasana sebuah kedai bertukar kecoh apabila pintu hadapannya dirempuh kereta jenis Proton X50 yang dipandu laju oleh seorang wanita.
Menerusi video yang dimuat naik fi TikTok @izahoneygold, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 11.05 pagi, semalam.
Kelihatan menerusi video rakaman televisyen tertutup itu, kereta Proton X50 berwarna merah secara laju merempuh bahagian depan kedai.
Kejadian tersebut menyebabkan seorang pekerja memanjat kaunter sebelum berlari keluar dari kedai kerana khuatiri akan dilanggar.
Difahamkan, kereta tersebut merupakan milik kepada pengguna yang memuat naik video tersebut dan dipandu oleh sepupunya pada waktu kejadian.
“Sepupu yang bawa hari kejadian. Dia pun nak pergi tengok kereta dia di bengkel. Sudahnya dua-dua kereta masuk bengkel. Saya ada dua Proton X50 ni, jadi sepupu nak pinjam saya bagilah.
“Sepupu kata tak apa, nanti dia selesaikan baiki semula kereta dan bayaran ganti rugi kedai. Bertabahlah, bila peminjam taraf VVIP, terus ‘park’ dalam kedai,” tulisnya di ruangan komen.
Sehingga kini videonya mendapat lebih 154,500 tontonan, 2,457 tanda suka dan 1,112 perkongsian.
Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang terkejut melihat video tersebut serta bersyukur tiada mangsa terlibat dalam kejadian tersebut.
“Banyak nak kena tanggung ni. Baiki kereta sendiri dekat bengkel dan baiki kereta orang tambah pula ganti rugi kerosakan kedai. Masak woii,” komen Mariam.
“Proton X50 kalau tak biasa bawa memang lain sikit. ‘Pickup’ dan gear lain macam sikit,” komen Adam.
“Saya rasa itulah pertama dan terakhir dia akan pinjam kereta awak dan takkan pinjam kereta orang lagi hahaha. Mahal sangat pengajaran dia,” komen pengguna lain juga. – KOSMO! ONLINE
@izahoneygoldbertabah la ..bila peminjam pegi park terus dalam kedai… ![]()
♬ Funny Song – Funny Song Studio & Thomas Hewitt Jones & Sounds Reel
The post [VIDEO] Pelanggan VVIP, terus ‘park’ kereta dalam kedai appeared first on Kosmo Digital.