Auto Added by WPeMatico

GEORGE TOWN – Polis membuka kertas siasatan di bawah orang hilang (OH) bagi kes seorang remaja berusia 14 tahun, Muqsit Illyasa Muhammad Tiras, yang dilaporkan tidak pulang ke rumah di Taman Desa Relau 2, Desa Iswara, Relau di sini sejak 14 September lalu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhamad berkata, pihaknya telah menerima laporan kehilangan remaja lelaki tersebut semalam.
“Laporan dibuat oleh keluarga remaja itu selepas anak mereka tidak pulang ke rumah sejak kelmarin ( 14 September).
“Siasatan berhubung kehilangan remaja tersebut dijalankan sepasukan polis di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut,” katanya kepada Kosmo! di sini, hari ini.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan remaja berkenaan kali terakhir dilihat meninggalkan rumah sekitar pukul 11 pagi dengan memakai kemeja T berwarna kelabu, seluar hitam serta topi.
Menurut ahli keluarganya, laporan polis telah dibuat, namun sehingga kini Muqsit masih belum ditemui. – KOSMO! ONLINE
The post Kehilangan Muqsit Illyasa: Polis buka kertas siasatan appeared first on Kosmo Digital.