Auto Added by WPeMatico

![]()
YAN – Seorang remaja lelaki maut dipercayai lemas ketika mandi bersama beberapa rakannya di kawasan sungai Rimba Rekreasi Lubuk Kawah, di sini petang tadi.
Mayat mangsa, Mohd. Zareef Adam Ramli, 16, ditemukan anggota bomba kira-kira pukul 8.40 malam.
Komander Operasi, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Farid Mohd. Razali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada pukul 6.18 petang yang memaklumkan terdapat mangsa lemas di kawasan rekreasi tersebut.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, dimaklumkan terdapat seorang remaja lelaki lemas semasa mandi bersama rakan-rakannya.
“Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yan kemudian menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dengan melakukan pencarian di permukaan serta meredah sungai di kawasan berkenaan,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, mayat mangsa ditemui pada jarak kira-kira 500 meter dari lokasi dia dilaporkan lemas.
“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan yang berada di lokasi kejadian. Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
The post Remaja mati lemas di Lubuk Kawah appeared first on Kosmo Digital.