Auto Added by WPeMatico

MADRID – Real Madrid masih belum mengibarkan bendera putih untuk menandatangani khidmat bintang Manchester City, Rodri dengan tawaran rasmi bakal diberikan pada jendela perpindahan tahun depan.
Difahamkan, Rodri yang juga pemenang Ballon d’Or tahun lalu sangat gembira untuk kekal di Stadium Etihad, tetapi dalam masa sama tertarik dengan potensi untuk menyertai skuad The Galacticos.
Sebelum ini, terdapat laporan bahawa Real sedia untuk menawarkan €100 juta (RM492 juta) kepada City bagi menandatangani Rodri pada jendela perpindahan kali ini, tetapi tawaran tersebut tidak menjadi kenyataan.
Situasi ini kerana Rodri masih mengalami kecederaan ketika ini dan kemungkinan besar pengurusan Real hanya akan memberi tawaran rasmi pada tahun depan sebelum kontraknya berakhir pada 2027.
Pengendali Real, Xabi Alonso dilaporkan masih memburu pemain tengah yang berkaliber seperti Rodri walaupun pasukan memiliki ramai tonggak di posisi tersebut seperti Aurelien Tchouameni, Eduardo Camavinga, Federico Valverde dan Jude Bellingham.
Namun, Alonso menyifatkan pengalaman Rodri yang berusia 29 tahun bakal memberikan aura tambahan buat pasukan dalam usaha mendominasi saingan bola sepak Eropah pada masa depan.
Rodri yang berhijrah ke City daripada Atletico Madrid pada 2019 masih lagi dibelenggu kecederaan dan dijangka akan kembali beraksi secara kompetitif pada bulan depan. – AGENSI
The post Real Madrid buru khidmat bintang Manchester City appeared first on Kosmo Digital.