Auto Added by WPeMatico

ALOR GAJAH – Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun di sebuah kuil dekat sini, bulan lalu.
Tertuduh, P.P Deva, 32, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Aiza Khairuddin.
Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki di dalam bilik tidur sebuah rumah bernombor di Taman Melaka Perdana dalam daerah Alor Gajah antara pukul 3 petang dan pukul 4 petang pada 4 Julai 2025.
Tertuduh berdepan hukuman pemenjaraan sehingga 20 tahun dan boleh juga dihukum sebat mengikut Seksyen 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Ali Hussain mencadangkan jaminan RM30,000 beserta syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran sekali sebulan, pasport diserahkan kepada mahkamah dan tidak menggangu saksi pendakwaan sehingga kes selesai.
Peguam Datuk P. Aravindhakshan merayu jaminan rendah dengan alasan anak guamnya berasal daripada keluarga miskin dan bergantung pendapatan kepada upah setiap pekerjaan dilakukan.
Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM15,000 beserta syarat tambahan dipohon pendakwaan dan menetapkan tarikh 8 September depan bagi sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE
The post Buat rayuan keluarga miskin selepas didakwa cabul budak appeared first on Kosmo Digital.