Auto Added by WPeMatico

KUALA LUMPUR – Dua keputusan negatif dalam dua perlawanan pertama Piala Negara-Negara FIH 2025 akhirnya memakan diri apabila skuad hoki lelaki kebangsaan jatuh ke ranking 15 dunia.
Seri 3-3 dengan Pakistan sebelum melepaskan kelebihan tiga gol apabila tewas 3-4 kepada New Zealand pastinya memberikan tamparan hebat buat Speedy Tigers.
Hanya kemenangan ke atas Jepun malam ini sambil menagih ihsan New Zealand untuk menewaskan Pakistan petang ini dalam aksi terakhir Kumpulan B di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil akan melayakkan Malaysia ke separuh akhir.
Sekiranya tewas kepada Jepun, skuad bimbingan Sarjit Singh berpotensi jatuh ke ranking lebih rendah berbanding kedudukan ke-13 dunia ketika Piala Negara-Negara FIH membuka tirainya awal minggu ini.
Berdasarkan kemas kini terbaharu Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) pada Isnin lalu, Speedy Tigers kini di ranking 15 dunia dengan pungutan mata 1940.25, di belakang Pakistan yang melonjak ke tangga ke-13 dunia, dan Korea Selatan di tempat ke-14 dunia.
Sebagai rekod, kejatuhan ke ranking 15 ketika ini adalah kedudukan terendah Speedy Tigers sejak 2008.
Para peminat hoki tanah air pastinya sukar untuk menerima hakikat tersebut memandangkan Speedy Tigers pernah menghuni kelompok 10 ranking terbaik dunia dua tahun lalu ketika di bawah kendalian A. Arul Selvaraj. – KOSMO! ONLINE
The post Speedy Tigers jatuh ranking No. 15 dunia appeared first on Kosmo Digital.